Hidup di MRSM

ASSALAMUALAIKUM


hi haha tak sangka aku berkecimpung balik dalam dunia blog. yeah hampir dekat empat lima tahun kot tinggalkan dunia blog. kaku jari jemari nak menaip sekarang. haha kalau dulu ye memang laju gila menaip, boleh buat record la. boleh masuk buku world record gitu. hah nampak berlagaknya tu dari dulu sampai sekarang ada. sebati sangat dengan diri ni. yes takde benda pun nak cerita sangat, cuma biasalah saja isi masa lapang lepas spm ni nak buat memori dalam blog.

cuma kali ni bila dah besar ni mungkin lebih matang dalam berbicara kot. haha lagi lagi bila nak cerita benda kat dalam blog ni mungkin tak guna dah lawak lawak stupid macam dulu. example: tahi pelangi, muntah pelangi. hahaha mungkin pasni takde dah lawak lawak centu. mungkin kena cari stok baru pasni haha. yeah semua orang tahu kan hidup lepas spm ni bukannya senang sangat kalau tak kerja. asyik takde duit je bila member ajak keluar. tah tahulah kalau yang berada tu mungkin lepak je. haha member call terus je datang.



okay sebenarnya kali ni nak cerita pasal graduate ofkos. memang la bangga bila dapat graduate okay, penantian selama 11 tahun kot dari mula darjah satu kau belajar haha. then, bila form five barulah dapat rasa erti nilai hidup yang sebenar. kan? liku liku kehidupan tu tampak lebih tajam gitu. nampak lebih menyusahkan. haaa kau nampak tu! padahal tak nampak pun sebenarnya hehe. yeah aku graduate kat MRSM *******. takdelah bangga sangat sebab bukan yang terbaik kat situ tapi aku bersyukur la sebab diberikan peluang. dapat membanggakan ibu ayah tu rasa satu nikmat dunia yang besar sekali. ALHAMDULILLAH! haha yeah sebenarnya nak cerita diri aku sebenarnya sebelum dan selepas masuk MRSM!

oh well, biasalah kalau dapat tawaran MRSM rasa diri tu the best kat sekolah lama. lagi lagi bila sekolah lama tu sekolah KPM la ofkos and sekolah tu banyak problem. haha sebab yang lain lain mesti akan macam

"weh bestnya kau dapat MRSM, budak pandai ni"
" hebatlah kau dapat MRSM!"

yeah sampaikan bila kau dah graduate kat MRSM pun pastu lepas spm jumpa member kau be like

"wow aku tak layak member ngan dak MRSM"
"fuh budak MRSM datang weh"
"tudia pakhang dak dak MRSM mai dah!"

sebenarnya lepas aku dua tahun duduk MRSM ni, ye tahun pertama kau duduk sana mungkin kau boleh bangga banggakan kau punya MRSM. tapi percayalah, kalau kau tak excellent kat sana. kau juga yang malu. contohnya, aku. haha aku bukan excellent pun kat MRSM. untuk pengajaran korang la ni aku ada cerita. pernah tak rasa malu sampai kau kena berdiri kat tengah tengah batch kau sebab kau the lowest?! itulah perasaanya nanti bila kau masuk MRSM.

MRSM lain sangat dari KPM sebab selepas kau masuk MRSM. kau akan rasa akademik ni utama gila la dalam kehidupan kau, bila keliling kau semua budak pandai. then, kau sorang yang BERLAGAK PANDAI macam aku lani. lima bulan pertama aku kat MRSM aku tak sedar lagi aku ni bukannya pandai. taknak jumpa orang pun kalau tak faham, kalau ada orang nak tolong. alasan aku 

"weh aku tak boleh la orang ajar"
"weh aku lagi suka cara aku belajar"
"aku malu la dengan perempuan"

yah malu dengan perempuan tu memang perlu. tapi bila kau masuk MRSM kan niat kau tu jadi keutamaan kau. kau rapat dengan perempuan sebab apa? sebab nak tackle dia? sebab nak usha dia? kau kena terima hakikat hidup yang sekarang ni pada usia remaja perempuan yang lebih excellent dari laki. sebabtu bila kau masuk MRSM. kau kena belajar dari perempuan. bukan takleh belajar dengan laki, tapi perempuan ni cara dia ajar lebih bagus and faham. kalau kau ada perasaan malu yang teramat dalam diri tu takpe. boleh je belajar dengan laki

and ofkos jadual asrama kau kena betul. takyah nak buat jadual kat kertas tampal semua tu pun sebenarnya sebab kau takkan ikut. cuma yang perlu kau follow je apa kau dah rancang. please lebihkan belajar and revision la. kalau boleh belajar dulu sebelum cikgu ajar tu memang tersangat membantu. percayalah! prep tu tolong jangan main main. kalau ada ada yang baca kat sini semua keinginan nak masuk MRSM please ingat. tiga bulan pertama kau boleh lagi berlagak kat kawan kawan KPM yang kau MRSM or BOARDING SCHOOL or SBP or mana mana la. mahupun INTERNATIONAL SCHOOL sekalipun. tapi kalau kau tak berusaha, dalam tu kau terleka dengan kau punya sekolah. kau akan menyesal! then, pastu mula la kau cakap SPM is not everything. yeah betullah bukan everything. aku setuju sebab aku centu gak. tapi SPM la corak permulaan hidup kau dekat dunia luar yang lebih mencabar sana. TRUST ME!


NOTES: berusaha la dari awal. tak kira la kau sekolah kat mana mana. semuanya sama. kalau kau anggap ilmu penting untuk hidup. kau akan usaha! jangan leka. percayalah, at the end of spm nanti kau akan berpuas hati kalau kau berusaha. kau akan menyesal kalau kau leka!

Comments